tanda awal kencing manis pre-diabetes bacaan kencing manis obesiti dan kencing manis diet gagal diet tapi berat tak turun

Diet Tapi Berat Tak Turun Tanda Awal Kencing Manis

Ramai pesakit kencing manis sebenarnya mempunyai peluang untuk elak dari terkena penyakit ini sekiranya tahu tanda awal kencing manis. Sebelum di diagnos dengan kencing manis, ada satu keadaan yang dipanggil pra-diabetes. Fasa pra-diabetes adalah dimana bacaan gula agak tinggi tetapi tidak melebihi 7mmol/L ketika berpuasa.

Adakah anda pernah mengalami situasi ini? Diet dan bersenam tetapi berat badan tetap tak turun? Ini salah satu tanda pra-diabetes.

TANDA AWAL KENCING MANIS (PRA-DIABETES)

 

Dr Bruce Miller, penulis buku Family Health Modern Disease ada menulis tentang 6 tanda-tanda pra-diabetes yang mudah dikenalpasti. Menurut Dr Bruce, diabetes boleh dielakkan ketika fasa pra-diabetes seperti berikut:

TANDA AWAL KENCING MANIS YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

 

1. BERLEBIHAN BERAT BADAN/OBESE

Berat badan berlebihan atau obes dengan ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi lelaki dan 31 inci bagi wanita. 80% daripada mereka yang obese mengalami kerintangan insulin yang menyebabkan berat badan makin bertambah. Walaupun berdiet dan bersenam, berat tak turun.

tanda awal kencing manis pre-diabetes bacaan kencing manis obesiti dan kencing manis

2. BACAAN GULA KETIKA PUASA AGAK TINGGI

Sekiranya sedang berpuasa dan bacaan gula dalam darah antara 5.6 ke 6.9 mmol/L, itu bermaksud insulin gagal mengawal kadar gula dalam darah. Ini juga tanda awal kencing manis yang tidak boleh diabaikan.

3. BACAAN KOLESTEROL HDL RENDAH

Peningkatan insulin menurunkan paras kolesterol ‘baik’ HDL dalam darah. Bacaan HDL bawah 1.1 mmol/L bagi lelaki dan bawah 1.5 mmol/L bagi perempuan.

tanda awal kencing manis pre-diabetes bacaan kencing manis obesiti dan kencing manis hdl kolesterol rendah

4. KETURUNAN

Ini merupakan tanda awal kencing manis yang agak jelas. 75% daripada mereka yang menghidap pra-diabetes mempunyai ahli keluarga yang menghidap Diabetes Type II sebelumnya. Jika ada di kalangan yang ada kencing manis, segera buat pemeriksaan awal dan kerap.

5.TEKANAN DARAH TINGGI 130/85 KE ATAS

Lebihan insulin ketika fasa pra-diabetes menyebabkan saluran arteri menjadi sempit. Oleh itu aliran tekanan darah meningkat dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

tanda awal kencing manis pre-diabetes bacaan kencing manis obesiti dan kencing manis diet gagal diet tapi berat tak turun tekanan darah tinggi

6. BANYAK MAKAN SUMBER KARBOHIDRAT DIPROSES

Jika anda gemar dan banyak mengambil sumber karbohidrat diproses yang GI nya tinggi, ia boleh meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat.

tanda awal kencing manis pre-diabetes bacaan kencing manis obesiti dan kencing manis diet gagal diet tapi berat tak turun tekanan darah tinggi suka makan roti makanan tinggi karbohidrat

 

Sekiranya anda mempunyai kesemua tanda-tanda seperti diatas, anda sebenarnya telah pun mempunyai tanda awal kencing manis. Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian lanjut dan elak risiko kencing manis.

 

Rujukan : Dr Bruce Miller, Family Health Modern Disease, 2016, mukasurat 180-183.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge