Checklist Barang Balik Kampung Nak Raya 2019

Tak sabar nak balik raya? Tengok dulu checklist barang balik kampung ini. Jangan ada yang tertinggal. Menyesal tak sudah nanti. Haha.

Biasanya tukang kemas beg jatuh pada perempuan kan? Sebab perempuan lagi teliti bab barang balik kampung berbanding lelaki. Tapi teliti sangat pun susah. Banyak sangat barang nak kemas, sampai ada yang tertinggal.

Jadi pilih jalan selamat. Buat checklist sebelum mula kemas beg. Ini checklist barang balik kampung yang anda boleh gunapakai.

Barang Balik Kampung Untuk Suami

Paling penting :

Tuala – Kain pelikat – Berus Gigi – Baju Melayu – Sampin – Songkok – Butang Baju Melayu

Lain-lain :

Pakaian harian, minuman kegemaran, charger handphone, kunci rumah, tali pinggang, stokin

Barang Isteri

Biasanya barang mak-mak paling banyak betul tak? Baju raya saja dah beberapa pasang. Tudung lagi. Pakaian dalaman lagi. FUHHH berpeluh nak kemas beg sendiri.

Paling penting : Baju raya – Tudung raya – Tudung sarung – stokin – handsock – anak tudung – pin/jarum- jarum menjahit – tuala wanita (pad)/pantyliner – toilettries – skincare – make up set – suplemen/vitamin – selipar spare –

Lain-lain : Charger telefon, usb, powerbank, pam susu.

Barang Anak-Anak

Pakaian raya – Pakaian harian – Ubat/vitamin/krim berkaitan – pampers –  baby foods. Elakkan bawak balik mainan okay.

Jangan lupa duit raya yang dah siap diisi dalam sampul tu. Nanti jenuh anak buah beratur nak duit raya kita bagi senyum kambing je. Haha

Rasanya cukup dah checklist barang balik kampung ni kan. Ada lagi ke yang tertinggal? Boleh tambah di ruangan komen ya.

Cara Susun Pakaian Dalam Beg

Setiap hari mesti nak tukar baju baru kan? Jadi untuk mudahkan para ibu yang mempunyai ramai anak kecil, boleh guna idea dari Puan Masturina ini. Pek baju ikut hari dan waktu. Tak payah la nak punggah beg menggagau nak cari nanti. Mudah kan?

checklist barang balik kampung cara kemas beg

 

checklist barang balik kampung

 

Semoga perkongsian ringkas ini membantu anda semua para ibu terutamanya, untuk mengemas dengan lebih mudah tanpa ada barang penting yang tertinggal. Selamat pulang ke kampung halaman. Hati-hati ketika memandu ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge