Cara Mudah dan Jimat Pos Barang Guna Easy Parcel

Peniaga online atau bisnes dari rumah, biasanya pos barang guna apa? Dulu diba sendiri guna poslaju dan j&t pergi beratur dekat kaunter tapi rupanya kerja pengeposan dan tracking jadi lebih mudah bila pos barang guna easy parcel! Easy pasrcel ni apa? Jom saya explain sikit.

Ok Easy Parcel ni adalah platform untuk kita pos barang menggunakan kurier-kurier yang ada dekat Malaysia ni. Dia macam one stop centre yang kumpulkan hampir semua kurier dalam satu platform jadi kita boleh pilih. Antara kelebihan pos barang guna easy parcel ni adalah :

  • Kita boleh key in data customer dan sistem akan simpan data tu, boleh guna untuk pos akan datang (sesuai untuk bisnes diba yang high demand dan customer selalu repeat order so tak perlu nak key in details postage setiap kali nak pos).
  • Sistem easy parcel juga akan simpan tracking number, dan boleh track setiap hari. Boleh share status terus dekat customer.
  • Harga jimat sebab guna top up. Lagi banyak top up, lagi murah.
  • Self print. Lepas isi details, boleh print sendiri consignment note dan packing barang siap-siap.
  • Tak perlu que dekat kaunter, boleh drop je terus. Atau kalau parcel banyak, boleh request untuk kurier datang pick up dekat rumah. Syok kan? Tak payah keluar pun nak pergi pos.

Antara kurier service yang boleh digunakan di bawah easy parcel :

pos barang guna easy parcel

Macam mana cara nak guna easy parcel ni untuk pos barang?

  • Step 1 – Sign up. Percuma saja. (Next time log in je jangan sign up pulak lagi)sign up easy parcel
  • Step 2 – Top up kredit untuk bayaran postage. Pilih nak guna kurier apa. Contoh diba memang guna j&t so top up under j&t. Nak dapat harga murah minimum RM50 top up. easy parcel top
  • Step 3 – Dah boleh isi info untuk postage. Selalu diba pilih single parcel je. Bulk parcel tak pernah cuba lagi. Lagi mudah kot sebab upload data excel. Make sure isi info semua complete ya termasuk item apa biar jelas.
  • Step 4 – Follow je instructions untuk buat payment guna kredit yang dah top up tadi.
  • Step 5 – Siap payment, terus dapat consigment note, download dan print.
  • Step 6 –  Boleh terus tampal CN dekat barang. So kena ada plastik sendiri ya.

Dah selesai! Harap sharing ini bermanfaat untuk peniaga-peniaga yang membaca. Nak lagi cepat kerja, invest beli thermal printer dia (dekat shoppe pun ada) lepas print terus tampal sebab memang print atas sticker terus kalau guna thermal printer tu. Nanti komen lah lepas dah pos barang guna easy parcel ni. Thank you! 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge