Cara Merawat Cirit Birit Ringan Di Rumah

Cirit birit adalah masalah sistem pencernaan yang biasa dan kerap berlaku. Ianya berpunca daripada :

  1. Makanan rosak/basi
  2. Jangkitan kuman/virus/bakteria
  3. Ubat-ubatan
  4. Alahan makanan yang teruk

Cirit birit berlaku disebabkan oleh organisma yang terdapat di dalam makanan atau air yang telah tercemar. Walaupun cirit birit nampak seperti masalah biasa, WHO telah merekodkan pada tahun 2009 bahawa cirit-birit adalah penyebab kematian kedua kepada kanak-kanak.

Oleh itu, penting untuk tahu, terutama ibu bapa, cara merawat cirit birit ringan di rumah sebelum mendapatkan rawatan doktor.

TANDA-TANDA MENGALAMI CIRIT BIRIT

Anda sedang mengalami cirit birit jika najis yang keluar lebih lembut atau berair dan lebih kerap dari biasa. Ia biasanya disertai dengan tanda-tanda lain seperti :

  1. Sakit kepala
  2. Rasa loya/muntah
  3. Demam
  4. Selsema

ADAKAH CIRIT BIRIT BERBAHAYA?

Cirit birit boleh jadi berbahaya jika tubuh badan mengalami ‘dehydration’ yang sangat teruk. Cirit birit menyebabkan badan kehilangan banyak air. Jika ia disertai dengan darah, ia disebut sebagai disentari. Tanpa rawatan yang segera ia boleh membawa kematian.

CARA MERAWAT CIRIT BIRIT RINGAN DI RUMAH

Cirit birit ringan masih boleh dirawat di rumah tanpa perlu mendapatkan rawatan doktor. Ringan bermaksud cirit birit beberapa kali dan terus berhenti. Antara cara merawat cirit birit ringan di rumah termasuklah :

  1. Minum banyak air untuk elak dehidrasi
  2. Mula makan makanan separa pepejal dan fiber secara berperingkat
  3. Elakkan produk tenusu, pedas, berlemak dan tinggi fiber
  4. Jauhi kafein dan alkohol

Jika cirit birit berlanjutan selama seminggu, atau disertai dengan darah segera dapatkan rawatan doktor.

Antara cara lain untuk memberikan kelegaan kepada tubuh badan yang mengalami cirit birit adalah dengan meminum air Performance Drink. Ia mampu mengekalkan cecair dalam badan dan megelakkan berlakunya dehidrasi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge