cara mengatasi stress cara mengatasi stress di tempat kerja stress ketika berpantang stress di dalam rumahtangga ibu meroyan (1)

Cara Mengatasi Stress Supaya Tidak Melarat Menjadi Sakit Mental

Statistik menunjukkan kes sakit mental di Malaysia semakin meningkat. Antara punca utama adalah stress atau tekanan malampau. Oleh itu, amat penting untuk kita ketahui cara mengatasi stress yang berkesan supaya tidak menjadi sebahagian daripada statistik pesakit mental. Sakit mental dijangka menjadi penyakit kedua tertinggi di Malaysia pada tahun 2020.

 

WANITA LEBIH BERISIKO MENDAPAT

SAKIT MENTAL!!

 

Sakit mental berlaku apabila terdapat gangguan pada fungsi otak yang menyebabkan fikiran tidak waras, tekanan perasaan dan juga perubahan tingkah laku, sehingga tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna.

 

6 CARA MENGATASI STRESS DENGAN BERKESAN

 

Sebenarnya cara mengatasi stress berbeza mengikut kesesuaian setiap orang dan juga keadaan. Saya kongsikan 6 cara yang paling mudah dan dijamin berkesan.

 

Biarkan Tubuh Menghasilkan Hormon Gembira!

 

Terdapat 4 jenis hormon gembira yang dihasilkan oleh tubuh badan. Ianya terhasil ketika manusia melakukan aktiviti tertentu. Salah satunya ialah endorfin. Endorfin dihasilkan oleh tubuh ketika bersenam. Manakala serotonin pula dihasilkan ketika terkenangkan memori yang indah pasa masa lepas.

Kalau nak elakkan stress, pastikan bersenam secara berkala.

cara mengatasi stress cara mengatasi stress di tempat kerja stress ketika berpantang stress di dalam rumahtangga ibu meroyan 2 (1)

 

Jangan Pendam Dalam Hati – Luahkan!

 

Kalau ada benda yang menyesakkan fikiran, jangan suka simpan dalam hati. Sebab tu, perempuan secara fitrahnya gemar membebel. Ianya salah satu cara mengatasi stress yang paling spontan.

Anda boleh juga meluahkan masalah kepada ibu bapa atau rakan-rakan yang paling dipercayai. Percayalah lepas meluahkan, anda akan rasa lebih lega dan tenang. Walapun masalah masih belum selesai.

 

Tengok Video Kelakar

 

Bunyi macam mengarut tapi sangat berkesan. Ketawa lah! Ketawa menggalakkan penghasilan hormon endorfin. Anda hanya perlu cari video kelakar di youtube dan ketawa. Mudah kan?

cara mengatasi stress cara mengatasi stress di tempat kerja stress ketika berpantang stress di dalam rumahtangga ibu meroyan ketika berpantang punca meroyan (1)

 

Keluar Ambil Angin/Bercuti/Window Shopping

 

Paling mudah, jalan-jalan ambil di taman yang menghijau. Pusing keliling tasik. Anda hirup udara segar sambil bersenam secara ringan. Kalau ada bajet lebih, boleh la pergi bercuti atau staycation satu malam di mana-mana resort berdekatan.

 

Lakukan Aktiviti Seni

 

Sama ada menyanyi, melukis atau mewarna ketiga-tiga aktiviti ini mampu menurunkan hormon stress. Kalau tak suka menyanyi dan melukis, beli saja buku mewarna untuk orang dewasa dan pensel warna.

cara mengatasi stress cara mengatasi stress di tempat kerja stress ketika berpantang stress di dalam rumahtangga ibu meroyan ketika berpantang punca meroyan 2 (1)

 

Amalkan Makanan Yang Baik Untuk Otak

 

Stress sangat berkait rapat dengan fungsi otak. Ada satu bahan kimia dalam otak bernama neurotransmitter. Ia berfungsi untuk menyampaikan maklumat dari satu neuron kepada neuron lain. Neurotransmitter yang sihat akan menggalakkan fungsi otak yang optimum.

Antara makanan yang baik untuk neurotransmitter termasuklah karbohidrat seperti nasi, asparagus, pisang, roti dan kekacang. Ini kerana karbohidrat membantu meningkatkan paras serotonin.

Elakkan makanan bergula, makanan proses, alkohol dan caffein.

Tunggu! Tahu tak ada SATU vitamin untuk mengatasi stress? 

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang mencari cara mengatasi stress dengan berkesan. Jangan biarkan diri anda diselubungi stress tanpa berbuat sesuatu mengenainya. Jom turunkan statistik sakit mental di Malaysia!

Rujukan:

  • https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2018/03/395427/kes-sakit-jiwa-di-malaysia-semakin-merisaukan
  • http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2633:artikel-psikologi-kaunseling&catid=525:perkhidmatan-psikologi&lang=ms
  • http://www.kosmo.com.my/negara/penyakit-mental-masalah-kedua-serius-di-malaysia-1.652094
  • https://healthyeating.sfgate.com/food-affects-neurotransmitters-11501.html

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge