Bercuti ke Langkawi 3 hari 2 malam di Penarak Bamboo Resort

Sebenarnya dah lama teringin nak pergi bercuti ke Langkawi. Kali terakhir pergi 17 tahun yang lepas! Tapi sejak arwah bapak meninggal dunia tahun 2016, mak macam tak ada semangat nak pergi bercuti ke mana-mana. Melainkan melawat saudara mara terdekat dan balik kampung jenguk tok di Jitra, Kedah. Pujuk punya pujuk tahun lepas alhamdulillah mak setuju untuk pergi bercuti ke langkawi. Yeayyyy!

Beli Tiket Murah – Bercuti ke Langkawi!

 

Maka bermula lah misi mencari tiket murah bagi merealisasikan impian bercuti ke Langkawi seramai 5 orang dewasa. Diba, suami, mak dan adik 2 orang. Air Asia kan selalu buat promo tiket murah, jadi Diba rajin lah tengok kalau ada promo ke Langkawi untuk tahun 2019.

Cari punya cari jumpa dapat akhirnya tiket pergi balik KLIA2 – Langkawi – KLIA2 dengan harga RM150 seorang. Diba tak fikir panjang dah terus book. Kalau tak salah Diba book bulan Oktober tahun lepas untuk pergi bulan March 2019. Ok tiket setel!

Penginapan – Review Bamboo Beach Resort

 

Part paling mencabar nak pergi bercuti ke Langkawi ni adalah cari penginapan yang sesuai. Ye lah kalau bercuti style orang muda jenis tak kisah sangat tempat sebab nak berjalan yang lebih. Tapi sebab bawak mak, Diba kena put extra concern lah.

Antara perkara yang Diba kena ambil kira bila bercuti bawak mak :

1. Ada lif, tak nak mak penat naik turun tangga (walaupun mak sihat, tak ada masalah sakit lutut ke apa).

2. Mak nak mengadap laut. Haha mak dengan Diba sama. Kami thalassophile. ❤

3. Bilik yang boleh masuk 3 orang sebab mak dengan adik 2 orang tu.

4. Tak terlalu jauh dengan airport.

5. Harga berpatutan.

Untungnya kami pergi bercuti hari bekerja jadi harga bilik jauh lebih murah dari harga hujung minggu atau cuti umum. Ok dah jimat.

Terpaksa cancel booking hotel

 

Asalnya kami dah book Adya Hotel dekat Pekan Kuah. Cantik, hotel baru. Tapi dapat tahu pulak lif hotel tu masih belum berfungsi. Alamak! Tak kan nak naik tangga. Ok terpaksa cancel booking.

Diba post dekat Facebook mintak pendapat kawan-kawan tempat yang best untuk stay. Sekali sepupu Diba sugest pergi Penarak Bamboo Beach Resort.

Dia kata dah beberapa kali dia pergi bercuti ke Langkawi Penarak Bamboo Resort paling best sebab hadap laut. Wahh teruja Diba dengar. Terus Diba google nama resort tu.

Ok ini sharing jujur Diba ya. Dari segi tempat, Diba bagi 5 bintang untuk resort ini sebab memang cantik menghadap laut. Bilik pun memang atas laut. Ada balkoni bukak pintu balkoni terus nampak lautan luas terbentang. Subhanallah. Mak memang suka yang amat.

Resort ni cuma sediakan makanan untuk large group of people sahaja. Kalau takat 5 orang memang tak ada. Tambahan kami pergi waktu non-peak tak ramai orang. Tapi tak susah nak cari makanan sebab sebelah resort ni ada kedai makan. Kami beli je breakfast roti canai dan nasi lemak. Ok roti canai dia memang sedap gila! Teringat-ingat lagi sampai sekarang.

Kereta Sewa

 

Oh resort ini juga ada sediakan khidmat kereta sewa. Harga mengikut jenis kereta. Asalnya kami nak sewa Kia Picanto sebab murah tapi nanti tak muat pulak nak letak beg semua. 5 orang punya beg memang banyak. Kemudian kami tukar Toyota Vios dengan harga RM200 untuk 3 hari.

Yang bagusnya, kereta memang dah park siap-siap dekat airport. Kami cuma ambil kunci yang ditinggalkan di satu tempat selamat. Masa balik pun sama. Bawak je kereta park dekat airport dan tinggal kunci dekat tempat kqmi ambil. Mudah kan?

Ok selesai bab tiket, penginapan dan kereta sewa. Next entry Diba share itinerary pulak ya. Terima kasih sebab sudi membaca. Semoga bermanfaat! InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge