Bagaimana Sabun Get Clean Selamatkan Tasik Conesus yang Hampir Mati

Kisah tragis ini berlaku sekitar tahun 1971. Seorang aktivis alam sekitar yang bernama Bill Firth dapat tahu bahawa Tasik Conesus di Livonia, New York hampir mati disebabkan oleh pencemaran.

Mikroorganisma dan alga pun tak boleh hidup sebab pencemaran yang sangat teruk.

Apabila diteliti, salah-satu sebab adalah penggunaan sabun yang mengandungi fosfat di kawasan itu yg mengganggu keseimbangan hidupan tasik. Air basuhan oleh penduduk sekitar dialirkan ke tasik ini.

Dengan kerjasama Genesee State & Buffalo State University untuk tujuan kajian, Bill Firth berjumpa dengan pihak Shaklee dengan niat ingin selamatkan Tasik Conesus ini. Beliau tahu pada masa itu Shaklee ada mengeluarkan produk sabun basuh yang ‘phosphate-free’.

Kesemua lebih 500 rumah di situ diberikan sabun basuh ‘phosphate free’ dan ‘biodegradable’ Get Clean Shaklee untuk mencuci pakaian dan pelbagai legunaan mencuci lain di rumah masing-masing.

Tak lama selepas itu para saintis mula mendapati mikroorganisma kembali hidup dalam Tasik Conesus!

Peristiwa ini antara perintis, kebanyakan negeri di Amerika Syarikat telah haramkan penggunaan sabun/detergen yang mengandungi fosfat.

Begitu lah cerita bagaimana sebuah tasik diselamatkan hanya dengan memggunakan sabun/detergen ‘phosphate-free’ & ‘biodegradable’.

Nampak simple kan tapi hakikatnya hampir semua sabun di pasaran sana yang sangat wangi dan berbuih itu sebenarnya mengandungi bahan kimia berbahaya! Kalau hidupan dalam air pun boleh mati, apa lagi kita manusia yang menggunakan setiap hari.

Sumber: https://m.facebook.com/watch/?v=1391225100920936&_rdr

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge