badan lesu dan malas 5

Bagaimana Badan Lesu Dan Malas Kembali Cegas Selepas Detoks

Entry saya yang lepas cerita tentang badan lesu disebabkan oleh toksin. Maka entry kali ini saya nak sambung berkenaan macam mana badan lesu dan malas kembali cergas selepas detoks. Seperti yang telah diterangkan, detoks adalah proses penyingkiran toksin berlebihan dari badan. Atau lebih tepat lagi, mengoptimumkan fungsi organ hati. Dah tentu kita tak nak organ hati kita rosak sampai tahap Cirrhosis kan? Macam mana detoks boleh bantu badan lesu dan malas kembali cergas?

badan lesu dan malas

Badan jadi sihat dan cergas apabila ia dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat. Namun jika badan dipenuhi dengan toksin, segala nutrisi yang ada di dalam makanan yang kita makan tidak dapat diserap dengan baik. Kerana toksin yang ada menghalang proses penyerapan. Oleh itu, sistem badan tidak mendapat bekalan vitamin dan mineral yang cukup untuk berfungsi. Sekaligus menjadikan tubuh badan terasa lesu dan lemau sentiasa.

Maka, aktiviti detoks bantu mengembalikan kecergasan tubuh badan setelah lebihan toksin yang memudaratkan itu disingkirkan. Selain itu, detoks juga memberi kelebihan lain seperti:

  1. Mengurangkan berat badan – Walaupun ini bukan tujuan utama, tetapi detoks sememangnya akan menghilangkan beberapa kilo berat badan. Toksin si penjahat itu menyebabkan proses pembakaran lemak terhalang. Bila toksin dah dibuang, metabolisme badan meningkat dan memudahkan lemak terbakar.
  2. Usus yang lebih sihat – Detoks membersihkan usus dari mendapan sisa bahan buangan yang tidak lawas atau sembelit. Ia juga membantu melegakan perut kembung akibat angin dalam badan. Kita takkan dapat kesihatan tubuh secara menyeluruh tanpa usus yang sihat.                                      badan lesu dan malas 2
  3. Meningkatkan tenaga – Tubuh kita menggunakan tenaga yang sangat banyak untuk membuang toksin keluar dari badan. Jadi bila terlampau banyak toksin dalam badan, tenaga lebih banyak dihabiskan untuk membuang toksin saja. Bila toksin kurang, lebih tenaga boleh disalurkan untuk aktiviti tubuh yang lain sekaligus atasi masalah badan lesu dan malas.
  4. Potong nafsu makan yang macam naga – Bila tubuh badan mula menyerap nutrisi secukupnya, ia memberi ‘signal’ kepada otak supaya makan makanan yang berkhasiat dan ada nutrisi saja. So secara automatik nafsu nak makan macam-macam tu pun hilang.                                              badan lesu dan malas 3
  5. Kulit lebih sihat & glowing – Kulit merupakan salah satu cara untuk membuang toksin, iaitu melalui peluh. Tapi bila kelenjar peluh terbeban dengan toksin yang banyak, ia terperangkap tak dikeluarkan. Maka timbul la masalah kulit jerawat, kusam & tak bermaya.
  6. Hilangkan stress – Eh ada kaitan ke? Dah tentu ada ya. Bila badan penuh toksin dan nutrisi tak dapat diserap dengan baik, tubuh akan detect kekurangan nutrisi. Hormon stress Cortisol akan dilepaskan untuk bagi ‘signal’ pada tubuh supaya alert dan ambil tindakan. Pernah tak jumpa orang yang lapar mesti dia rasa nak marah je. Haa lebih kurang macam tu la kaedahnya.
  7. Kuatkan sistem imun – Radikal bebas yang sentiasa masuk dalam tubuh badan menjadi semakin aktif dengan adanya toksin. Radikal bebas bahaya kerana ia merosakkan sel-sel dalam tubuh yang sihat dan menjadi punca penyakit berbahaya seperti kanser.                                                     badan lesu dan malas 6
  8. Tidur yang berkualiti – Ramai yang menghadapi masalah untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Walaupun cukup 8 jam tapi bila bangun pagi tetap rasa badan lesu dan malas. Ini disebabkan oleh radikal bebas yang menggangu penghasilan hormon tidur.

Dah nampak macam mana detoks bantu badan lesu dan malas kembali cergas kan. Jadi jangan tunggu lama-lama. Kalau anda rasa simptom tak sedap badan, sering mengantuk dan badan letih memanjang boleh consider untuk detoks. Jangan tunggu sampai penyakit datang. Mencegah kan lebih baik dari mengubati.

Entry seterusnya saya akan kongsi pengalaman dan cara saya detoks selama 7 hari. Memang best sangat! 🙂

2 thoughts on “Bagaimana Badan Lesu Dan Malas Kembali Cegas Selepas Detoks”

  1. Pingback: Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Dalam Masa 7 Hari

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge