Awas! Semua Orang Ada Risiko, Tips Rencatkan Sel Kanser

Sebut saja kanser, semua orang takut kan? Tapi ramai yang tak sedar hakikat setiap orang adalah berisiko untuk mendapat kanser. Antara faktor yang mempengaruhi kebarangkalian ini termasuklah persekitaran, makanan, gaya hidup, stress dan tekanan dan pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan sel kanser ini aktif.

Namun ada beberapa tips yang dikongsikan secara ringkas oleh Dr Malinda Mohd Ali untuk mencegah dan meminimumkan risiko kita mendapat kanser.

Kurangkan/Berhenti Ambil Gula

Ya, gula adalah makanan kepada sel kanser. Makin banyak makan gula, makin aktif sel kanser. Jadi cuba lah kurangkan habit minumam manis, makanan manis dan tukarkan kepada sumber ‘ gula’ yang lebih sihat seperti stevia, gula asli dalam buah-buahan atau gula kelapa organic.

Kurangkan Menu Daging Merah Dalam Diet Harian

Sel kanser dikatakan hidup pada persekitaran yang asidik. Daging merah adalah anatra makanan yang bersifat asid. Kurangkan pengambilan daging merah terutama yang datang dari ladang ternakan yang mengamalkan suntikan homon dan antibiotik kepada haiwan ternakan.

Kurangkan Pengambilan Kafein

Kurangkan kekerapan minuma air yang mengandungi tinggi kafein, sebaliknya amalkan jus buah atau the hijau yang mempunyai sifat anti oksidan. Air kosong pula lebih baik air yang ditapis untuk mengurangkan risiko logam berat dan toksin.

Amalkan Diet Seimbang dan Sihat

Diet seimbang haruslah dilengkapi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan hanya mengambil sumber karbohidrat, protein dan lemak. Paling mudah ikut saranan diet suku suku separuh.

Amalkan Makanan Tambahan Kuatkan Sistem Imun

Makanan tambahan seperti Vitamin C, Antioksidan, Resveratrol dan lain-lain zat mineral membantu menguatkan system imun dan antibodi tubuh. System imun sangat penting untuk melawan penyakit dan menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E pula boleh menyahkan sel-sel yang telah rosak dan tidak diperlukan secara normal. Awas! Pastikan pilih jenama makanan tambahan yang organic dan dijamin selamat ya.

Bersenam secara Berkala

Jangan malas bergerak! Bersenam secara konsisten dapat membantu tubuh meningkatkan system imun dan menghasilkan stem sel yang bertindak melawan sel-sel kanser. Selain itu, bersenam turut menghasilkan hormon tertentu seperti endorphin dan serotonin yang buat kita rasa gembira dan menghilangkan stress.

Kanser juga dikatakan sebagai penyakit minda dan spiritual. Sikap yang positif, proaktif dan hidup bersemangat dapat membantu melawan penyakit ini. Jadi sentiasa tanamkan sikap yang baik dalam diri, sentiasa senyum dan selalu maafkan orang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca. Semoga sihat sejahtera saja semuanya dan dijauhkan dari sebarang penyakit Amiinn.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge