ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DARI AKAR UMBI

Asal sikat rambut je, penuh rambut bergumpal pada sikat. Lantai rumah pun penuh dengan rambut gugur. Rambut makin menipis. Silap haribulan boleh jadi botak! Aduhh malunya! Biasa dengan situsi macam ni? Jangan risau. Masalah rambut gugur boleh diatasi sekiranya anda tahu punca dan bertindak segera untuk merawatnya.

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Bagi lelaki pula, botak tengah lah yang paling nak dielakkan. Masalah rambut gugur bukan satu benda baru. Memang ramai sangat perempuan dan lelaki yang mengalami masalah ini. Saya kongsikan punca dan cara mengatasi masalah rambut gugur yang agak teruk, di entri kali ini.

masalah rambut gugur rambut gugur lepas bersalin rambut gugur botak tengah petua rambut gugur rambut gugur lelaki 2

RAMBUT GUGUR YANG NORMAL

Menurut kata pakar, rambut sememangnya akan mengalami keguguran setiap hari. Ini bertujuan memberi laluan kepada sel rambut baru untuk tumbuh. Jumlah rambut gugur yang normal adalah sekitar 50-70 helai sehari. Ada juga pakar yang meletakkan antara 70-100 helai sehari. Tapi sekiranya rambut gugur sehingga segenggam setiap kali menyisir, apa lagi menutupi ‘floor trap’ ketika mandi, anda mungkin menghadapi masalah rambut gugur yang serius.

PUNCA UTAMA RAMBUT GUGUR

  1. Keturunan
  2. Kemalangan & menjalani pembedahan
  3. Gangguan hormone (ibu hamil, bersalin, wanita haid & menopause)
  4. Penyakit tiroid, alopecia areata
  5. Mengambil ubat-ubatan terutama kanser, kimoterapi
  6. Stress & kesedihan melampau
  7. Kekurangan nutrisi & diet tak seimbang

>

CARA BERKESAN ATASI RAMBUT GUGUR

Pertama sekali, segera dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah rambut gugur anda terlalu teruk. Doktor akan mengenalpasti punca masalah rambut gugur dan mengesyorkan kaedah rawatan yang sesuai.  Tapi sekiranya anda tidak mengalamai situasi nombor 1 hingga 6, besar kemungkinan masalah rambut gugur anda berpunca dari pemakanan yang kurang nutrisi.

Ini apa yang berlaku kepada saya juga. Kerana saya tidak melalui mana-mana situasi antara nombor 1 hingga 6 di atas. Oleh itu, saya berpendapat masalah rambut gugur saya berpunca daripada diet yang tidak seimbang dan menyebabkan rambut tidak mendapat nutrisi yang cukup.

>

NUTRISI UNTUK RAMBUT GUGUR

Rambut pun perlukan nutrisi ke? Rambut pun perlukan ‘makanan’ untuk hidup dan tumbuh dengan sihat. Cuba bayangkan kalau kita seharian tak makan, perut lapar tak? Haaa lapar kan…sama la jugak dengan rambut. Cara rambut tunjuk ‘kelaparan’ tu dengan gugur, bercabang, kering atau tak tumbuh langsung!

5 Nutrisi yang diperlukan untuk masalah rambut gugur adalah seperti berikut :

  • Protein – Rambut terbentuk daripada protein fiber. Jadi untuk pastikan rambut tubuh dengan kuat dan sihat ia memerlukan protein secukupnya. Jika protein kurang, bahagian tubuh yang lain akan diutamakan seperti pembentukan tisu dan organ berbanding rambut. Rambut antara bahagian yang terakhir akan mendapat protein, itu pun jika jumlah protein yang diambil mencukupi. Mengikut kajian, golongan vegetarian berisiko tinggi mengalami masalah rambut gugur kerana kekurangan protein dalam diet harian. 
  • Zinc – Zink adalah mineral yang sangat sinonim dengan masalah rambut gugur. Ia diperlukan untuk proses sintesis protein dan pembahagian sel. Kedua-dua proses ini sangat penting untuk menggalakkan rambut tumbuh sihat dan kuat. Tiram sangat kaya dengan Zink.

masalah rambut gugur rambut gugur lepas bersalin rambut gugur botak tengah rambut gugur teruk masalah kelemumur dan gatal kulit kepala

  • Zat Besi – Folikel rambut juga memerlukan oksigen untuk tumbuh. Kekurangan zat besi menyebabkan kekurangan sel darah merah. Ini mengakibatkan kurang oksigen yang diangkut ke seluruh tubuh. Apabila ini berlaku, bahagian yang paling kurang menerima oksigen adalah rambut. Jadi folikel rambut yang baru tidak akan tumbuh dengan sempurna dan mudah gugur sebelum waktunya. Zat besi boleh didapati dari sayur bayam.

masalah rambut gugur rambut gugur lepas bersalin rambut gugur botak tengah petua rambut gugur petua atasi rambut gugur

  • Vitamin B (Niacin B3 & Biotin B7) – Vitamin B penting untuk kekalkan rambut yang sihat. Masalah rambut gugur Alopecia (rambut gugur bertompok) adalah disebabkan kekurangan Niacin atau vitamin B7. Manakala vitamin B3 pula menggalakkan pertumbuhan sel rambut baru.
  • Vitamin C – Zat besi memerlukan vitamin C sebagai pemangkin supaya diserap secara optimum. Kalau makan zat besi sekapal sekalipun tapi tak disertai dengan vitamin C, rugi jadinya. Selain itu, vitamin C adalah sumber anti oksidan yang bertindak melawan radikal bebas. Radikal bebas ni jahat, ia merosakkan sel-sel dalam tubuh termasuk sel rambut. Rajin-rajin makan buah ye. Kulit pun cantik nanti.

 

BAGAIMANA SAYA ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR 

DENGAN BERKESAN?

Saya tidak mengalami punca-punca antara nombor 1 hingga 6. Oleh itu saya cuba atasi masalah rambut gugur dengan pengambilan protein tumbuhan, multi-vitamin yang mengandungi zat besi, vitamin B complex dan juga Vitamin C setiap hari. Hasilnya? Rambut gugur berkurangan hampir 70% dan rambut nampak lebih bersinar! Alhamdulillah. Dah takde lagi masalah ‘floor trap’ tersumbat dengan rambut. Mata pun tak sakit dah tengok lantai.

masalah rambut gugur rambut gugur lepas bersalin rambut gugur botak tengah rambut gugur lelaki rambut gugur dan nipi

Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk nutrisi untuk rawat masalah rambut gugur dengan berkesan. Klik pada gambar Whatsapp di bawah untuk terus menghubungi saya di aplikasi Whatsapp tanpa perlu save nombor saya.

cara jadi ahli shaklee

TUNGGU !!!

Anda berminat untuk mendapatkan produk nutrisi ini dengan

harga yang lebih murah sebanyak 15-25% ??

Klik gambar di bawah 🙂

Daftar-ahli-Shaklee-pengedar-vivix-shaklee-klang

 

Rujukan:

  1. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5315033/
  2. food.ndtv.com/beauty/iron-and-protein-getting-to-the-root-of-hair-loss-768613
  3. www.healthline.com/nutrition/best-vitamins-hair-growth
  4. http://drzubaidi.com/blog/tag/rambut-gugur/

1 thought on “ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DARI AKAR UMBI”

  1. Pingback: Kebaikan Zink Untuk Lelaki & Wanita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge