Atasi Kulit Kering dan Nampak Tua Dari Usia Sebenar Dengan Hyaluronic Acid

Masalah utama kulit kering bukan sahaja kering tapi ia buat kita nampak lebih tua dari usia sebenar. Ini kerana kurangnya lembapan menyebebakan garis halus dan kedutan lebih jelas kelihatan di kulit wajah. Tapi jangan risau. Kulit kering sangat mudah diatasi dengan bahan bernama HA atau hyaluronic acid.

Setiap 1 gram HA mampu menampung sehingga 6 liter air tau. Amazing kan?

Jadi anda yang ada masalah kulit kering pastikan pakai pelembap muka yang ada HA di dalamnya. HA adalah sebatian yang sangat kuat mengekalkan kelembapan dan memberi penghidratan maksimum kepada kulit. Walaupun hanya ada sedikit kandungan HA di dalam sesuatu produk, kadar kelembapan boleh mencapai sehingga 100%.

Sebab itu, Moisture Lock Day Cream merupakan antara krim pelembap terbaru di pasaran yang sangat berkesan atasi kulit kering dan meningkatkan kelembapan. Moisture Lock Day Cream mengandungi 4 jenis HA di dalamnya dan menggunakan teknologi kunci kelembapan yang paling canggih seperti kaktus yang menyimpan air.

Sebenarnya HA dihasilkan oleh tubuh badan manusia secara semulajadi. Tapi faktor-faktor seperti peningkatan usia, terdedah kepada cahaya matahari, kurang minum air kosong dan kekurangan nutrisi menyebabkan HA semakin kurang dihasilkan.

Jadi kita perlulah sapu krim pelembap untuk bantu kekalkan kelembapan. Terutama kalau kita jenis yang banyak berada di tempat berhawa dingin. Lebih cepat kelembapan hilang.

Mengikut satu kajian yang dibuat berkenaan keberkesanan HA, peningkatan 96% direkodkan untuk kelembapan kulit, 55% lebih anjal dan 40% tekstur kulit lebih lembut. Jadi HA sememangnya satu bahan yang boleh membantu atasi masalah kulit kering. Bila kulit cukup kelembapan automatik nampak lebih muda.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge