cara sertai virtual run 9

Apa Itu Virtual Run (Larian Maya) Dan Cara-Cara Menyertainya

Sejak beberapa tahun yang lepas, semakin banyak acara larian (fun run) dan juga marathon dianjurkan di Malaysia. Namun masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan larian maya (virtual run). Apa itu virtual run? Ok, jom saya kongsikan secara ringkas.

Sebenarnya, virtual run ini sama saja macam larian ‘fun run’ yang selalu dianjurkan di luar sana. Cuma apa yang berbeza adalah peserta tak perlu menghadiri mana-mana tempat larian. Kerana virtual run boleh dilakukan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan peserta. Nak berlari di taman boleh, di gymnasium boleh, di stadium boleh hatta dalam rumah pun boleh!

CARA-CARA MENYERTAI VIRTUAL RUN

Pening tak tahu cara nak sertai virtual run? Jangan risau. Ikut saja langkah-langkah di bawah. Antara penganjur larian maya yang popular di Malaysia adalah 42races dan Spreen Run. Ada banyak lagi penganjur lain seperti Running Station, Big Run Club (FB), iReach Run (FB) dan lain-lain lagi.

Langkah 1

Anda perlu daftar (sign up/register) dengan penganjur untuk menyertai mana-mana larian yang dibuka. Contoh, layari laman web https://web.42race.com/ ATAU muat turun aplikasi 42race di Play Store menggunakan telefon pintar anda. Rujur gambar di bawah.

cara sertai virtual run 2

Langkah 2

Muat turun aplikasi untuk merekod larian virtual run anda di Google Play Store atau App Store. Ada banyak aplikasi yang boleh digunakan (kecuali pedometer tak diterima). Satu aplikasi yang mudah digunakan adalah Nike Run Club.

Langkah 3

Lari di mana-mana sahaja yang anda suka! Pastikan anda rekod larian anda menggunakan aplikasi yang ditetapkan. Oh kalau kali pertama menyertai virtual run ini, jangan lupa baca syarat-syarat larian ya.

cara sertai virtual run 3

Langkah 4

Setelah tamatkan larian (mengikut kilometer yang anda pilih semasa mendaftar di langkah 1), segera buat submission. Screenshot maklumat larian anda, upload dan isi info yang diperlukan.

Langkah 5

Bersedia menerima medal hasil dari larian anda! Ohh medal akan dipos ke alamat yang anda daftarkan di Langkah 1. Pastikan alamat yang anda isi tu betul lah ya. Kalau tak menangis medal tak sampai hihi.

Mudah kan?

Sekiranya anda seorang yang suka bersukan tetapi tak suka berlari dalam keadaan bersesak maka larian maya lah pilihan yang paling sesuai. Apa tunggu lagi? Cepat register dan jom kita kumpul medal sama-sama! Dalam masa yang sama, anda dah pun mengambil langkah untuk menjaga kesihatan dan mengurangkan stress.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membaca. Terima kasih!

Boleh hubungi saya di sini www.wasap.my/60163334945 untuk bertanya apa saja tentang virtual run 🙂

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge