Adab Menuntut Ilmu Secara Dalam Talian (Online)

Assalamualaikum, hari ini nak menulis ringkas tentang adab menuntut ilmu secara online. Semenjak setahun yang lepas ketika bermulanya tempoh lockdown disebabkan oleh virus Covid-19, kebanyakan sekolah, pusat pengajian tinggi dan juga seminar yang biasa diadakan secara berdepan telah bertukar kepada dalam talian (online).

Setelah hampir setahun kelas pembelajaran secara online dilaksanakan, pihak pengajar dan juga pelajar sudah semakin terbiasa. Setiap kelemahan yang dilalui ketika awal-awal kaedah ini dibuat sudah mula diatasi dengan baik.

Namun begitu, masih ada segelintir pengajar yang membuat luahan perasaan ketika sesi kelas online sedang berlangsung bila mana para pelajar atau peserta tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan. Contohnya, tidak menepati waktu, tidak on camera untuk pengajian dua hala, tidak menjawab soalan apabila ditanya dan sebagainya. Ada juga yang tidak menutup aurat dengan sempurna ketika on kamera.

Masalah-masalah ini boleh dikategorikan sebagai kurang adab dalam menuntut ilmu. Walaupun kaedah pembelajaran dilakukan secara online, adab menuntut ilmu yang harus diikuti adalah seperti mana ketika belajar berdepan. Tidak ada apa yang berubah melainkan tempat sahaja di dalam talian.

Jadi seharusnya para pelajar atau peserta program mematuhi adab menuntut ilmu seperti berikut:

1. Pasang niat yang baik untuk timba ilmu dan berdoan.
2. Bersedia dengan semua kelengkapan sebelum kelas bermula.

3. Pilih pakaian yang sesuai dan menutup aurat.

4. On camera untuk pengajian dua hala.

5. Hormati pengajar, senyap ketika beliau sedang bercakap dan jawab apabila ditanya.

6. Mohon maaf sekiranya tidak dapat hadir atas urusan tertentu.

7. Ucapkan terima kasih bila kelas selesai.

Jadi jangan lupa bawa adab sekali sebelum mula menuntut ilmu. Semoga setiap ilmu yang disampaikan walaupun secara online difahami dengan baik oleh student dan peserta dan dapat diamalkan secara berterusan. Amiinn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge