7 Sebab Kenapa Wajib Makan Vitamin

Ramai tanya, kalau dah makan makanan seimbang, kenapa wajib makan vitamin lagi? Pernah tak terfikir kenapa kita makan setiap hari, sehari berkali-berkali pulak tu? Kita makan bukan sebab nak kenyang je tau. Real food adalah sumber terbaik untuk kita dapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita.

Contoh mudah, makan nasi untuk dapatkan sumber karbohidrat (untuk tenaga), makan ikan/ayam/telur untuk dapatkan sumber protein (untuk baiki tisu dan otot), minum susu untuk dapatkan sumber kalsium (kuatkan tulang dan gigi), makan buah oren/anggur (anti-oksida) untuk kuatkan sistem imun.

Setiap apa yang kita suap dalam mulut, semuanya ada nutrisi tertentu yang penting yang perlu diambil dalam kuantiti yang betul. Sebab tu kita disarankan untuk makan ikut piramid makanan atau seperti yang disarankan oleh KKM, suku-suku-separuh tu.

Malangnya, zaman sekarang ni, kebanyakkan dari kita main bantai je makan apa yang kita suka. Asalkan sedap. Bukannya makan untuk sihat. Pilihan makanan yang ada sekarang pun cuma mampu bagi sedap dan kenyang tanpa memenuhi keperluan nutrisi yang sepatutnya.

Maka, walaupun kita makan banyak, siap bertambah lagi, badan kita tetap tak sihat. Silap haribulan, berat badan bertambah. Secara tak langsung kita menjemput penyakit datang. Sebab makanan yang tak berkhasiat dan tak cukup nutrisi.

Jadi apa pilihan yang kita ada untuk cukupkan keperluan nutrisi ni? Inilah jawapan dia. Vitamin atau makanan tambahan ataupun supplement. Ada juga yang sebut ‘ubat’ (walaupun sebenarnya salah).

Jadi, ini 7 sebab kenapa wajib makan vitamin, terutama sekali ketika tubuh sedang sihat walafiat lagi :

1. Makan tak ikut piramid makanan. Sayur tak makan, buah tak makan. Ayam makan hari-hari. Nasi sehari 3 kali. Kuat minum air manis. Kurang minum air masak. Tapi, ini bukan bermaksud vitamin adalah pengganti kepada sumber makanan yang kita tak ambil tu. In the first place kita memang wajib makan makanan yang seimbang, kemudian baru la ditambah dengan vitamin untuk menyokong gaya hidup yang sihat. Kalau jenis yang tak makan sayur, kena usahakan jugak makan sayur kemudian baru la top up dengan vitamin.

2. Kandungan mineral dalam tanah semakin berkurangan berpunca dari pencemaran, racun. Jadi kurang nutrisi yang ada dalam sumber makanan kita. Melalui pembacaan saya, makanan yang dilabel sebagai organik pun belum tentu organik 100%. Ini kerana, tanah yang diguna untuk tanaman tidak dapat dipastikan secara terperinci sama ada mengandungi mineral dan selamat dari pencemaran. Walaupun cara penanaman adalah selamat dan tidak disembur sebarang racun, faktor pengangkutan juga menjadi faktor. Ada tanaman yang mengambil masa yang lama sebelum dihantar ke pasaraya dan juga cara penyimpanan. Ini merupakan sebab yang paling penting kenapa wajib makan vitamin.

3. Teknologi makanan yang semakin moden. Untuk menghasilkan makanan dalam masa yang singkat, tapi dalam kuantiti yang banyak. Contohnya GMO (genetically modified) foods. Soya & jagung antara yang paling banyak diubah genetiknya. Maksudnya, makanan tersebut bukan lagi dalam bentuknya yang original. Makanan yang diubah genetiknya dikesan memberi kesan buruk kepada tubuh manusia seperti alahan/allergik dan peningkatan toksin. Makanan GMO juga mempunyai kurang nutrisi dan seterusnya menyebabkan antibodi yang lemah.

4. Proses penyimpanan makanan dari punca sumber diambil sehingga la sampai ke tangan pengguna. Kebanyakannya diawet untuk mengekalkan kesegaran. Terutama sekali makanan dalam tin. Semua pun tahu makanan dalam tin tak elok diamalkan.

5. Processed food. Fast food. Makanan yang disejukbeku dan tahan berbulan lamanya. Nutrisi asal kebanyakannya hilang ketika proses sejukbeku. Bila makan memang takde khasiat dah, cuma mampu bagi kenyang semata-mata. Tambah teruk, boleh jadi punca penyakit di kemudian hari.

6. Calori intake melebihi apa yang diperlukan oleh badan. Lepas tu, calori tu pulak tak dibakar dengan physical activities. Maka jadi la lemak tepu yang berkumpul dalam badan dan salur darah. Lemak yang terkumpul pulak boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit kronik sekiranya tak dikawal. Vitamin seperti Lecithin berfungsi membantu memecahkan  lemak kepada molekul yang lebih kecil supaya mudah dihadam.

7. Pencemaran alam sekitar. Ini juga faktor penting dan jelas kenapa wajib makan vitamin. Air yang kita minum dan udara yang kita sedut setiap hari mempunyai berbagai jenis bakteria dan toksin yang tak kelihatan. Terutama di kawasan bandar yang pesat membangun, kilang-kilang, kawasan yang penuh sesak dengan kenderaan etc. Ini menyebabkan tubuh kita terdedah dengan toksin yang berlebihan yang menyebabkan sel-sel dalam tubuh rosak. Vitamin membantu untuk menghalang kerosakan sel dan memastikan sel sentiasa sihat. Bila sel sihat, semua sistem dalam badan akan turut berfungsi dengan baik.

Ini antara sebab utama. Mostly, kita memang tak boleh elak. Kadang-kadang makan jugak McDonald’s, sardin dalam tin, mee maggi, minum Coca Cola. Jangan-jangan kita sendiri pun tak pasti apa yang kita makan tu sihat ke tidak. Oleh yang demikian, kita support keperluan makanan harian kita dengan makanan tambahan atau vitamin. Makanan seimbang tu dah memang wajib ye keperluan harian.

Makanan tambahan ni, datang dari sumber makanan macam yang kita hari-hari makan tu la, cuma dipermudahkan dalam bentuk tablet, serbuk, softgel etc supaya senang nak telan.

Contoh mudah, Vitamin C sumbernya dari buah oren, markisa, lemon etc. Kita tak mampu nak makan oren 8 biji sehari, jadi kita top up dengan makan Vitamin C sebiji. Sama jugak orang yang alahan minum susu, dia makan keju atau kacang badam, dan tambah pil kalsium magnesium. Ataupun jenis yang kurang makan sayur, boleh top up dengan pengambilan serat macam Alfalfa. Atau, boleh ambil multi-vitamin yang lengkap dengan macam-macam jenis nutrisi yang tubuh kita perlukan dalam 1 tablet.

Tapi, awas! Vitamin pun ada beberapa jenis. Pastikan pilih vitamin yang 100% dari sumber semulajadi, bukan vitamin jadian (sintetik).

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin semulajadi yang dijamin dan terbukti selamat, telah pun berada di pasaran selama 100 tahun.

Sekian perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge