6 Tips Elak Ketidakselesaan Perut Ketika Berpuasa

Bila perut dah biasa dapat makanan sekurang-kurangnya 3 kali sehari, bila berpuasa mesti akan ada ketidakselesaan perut kan. Angin lah, sembelit lah, pening kepala lah. Haa ini sebenarnya simptom-simptom biasa yang akan dilalui bila berpuasa. Perubahan ini dipanggil fisiologi puasa. Boleh baca dekat sini apa jadi pada badan manusia yang berpuasa. Memang menarik sangat!

Ada 6 tips yang boleh membantu anda berpuasa dengan lebih cergas dan bertenaga.

1. Cukup tidur

Tak cukup tidur boleh buat badan kita letih bila bangun, terutama bila bersahur. Silap-silap langsung tak bangun sebab badan letih sangat. Jadi pastikan semasa berpuasa :

  • Dapat rehat yang cukup waktu siang dan tidur yang berkualiti waktu malam supaya bangun dengan rasa segar.
  • Minumlah Performance®   waktu sahur dan berbuka.
  • Rancang apa nak masak dan pilih menu yang berkhasiat dan boleh bekalkan tenaga berpanjangan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder.
  • Jangan lupa masukkan Coenzyme Q10 ke dalam diet anda untuk meningkatkan tenaga lebih optimum.

2. Cukup air

Badan kita secara semulajadi akan kehilangan air (elektrolit) melalui pernafasan, peluh dan kencing. Jika tubuh kehilangan air yang berlebihan akan berlaku dehidrasi. Lagi teruk kalau asyik masak atau berada di bawah terik mentari. Boleh sakit kepala dibuatnya tau. Jadi elakkan dehidrasi dengan:

  • Jangan kerap berpanas di bawah matahari.
  • Elakkan pendedahan kepada haba yang berlebihan, contoh memasak atau membakar menggunakan oven.
  • Ambil saja Performance® penghilang dahaga ideal yang menghidratkan, membekalkan gabungan propietari elektrolit OPTI-LYTE dan campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.

3. Kekalkan Berat Badan

Jangan terkejut kalau bulan puasa ni ada yang berat naik. Sebab tak biasa puasa atau detox, bila berbuka balas dendam makan macam-macam. Dah hilang manfaat dan tujuan sebenar berpuasa. Anda boleh kekalkan atau turunkan berat badan dengan:

  • Makanlah secara sederhana. Ketidakselesaan perut boleh berlaku kalau makan terlebih dari sepatutnya.
  • Pastikan ada buah dan sayur dalam hidangan.
  • Lengkapkan nutrisi anak-anak dengan Meal Shakes yang memberikan 19 vitamin dan mineral penting.
  • Kawal berat badan dengan meal replacement Cinch® Shake Mix, kaya dengan protein, serat dan kalsium.

4. Pencernaan yang Lawas

Ketidakselesaan perut biasa dihadapi semasa berpuasa adalah sembelit yang boleh berlaku akibat kurang pengambilan cecair dan serat. Jadi penting untuk:

  • Minum air yang mencukupi semasa sahur dan iftar. Pastikan 8 gelas setiap hari.
  • Kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Bantu proses pembuangan dengan campuran propietari yang dipertingkatkan yang mengandungi daun senna, dimana secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi.

5. Elak Pedih Ulu Hati

Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku melalui pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Kawal pedih ulu hati dengan:

  • Makan secara sederhana.
  • Hindari makanan yang pedas dan berminyak.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Ambil protein berkualiti berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
  • Ambil pudina dan halia untuk melegakan ketidakselesaan penghadaman.

6. Pilih Makanan yang Sihat Ketika Sahur

Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala. Kurangkan sakit kepala! Pastikan anda:

  • Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang – pastikan anda bangun untuk sahur.
  • Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Hidrat dan tingkatkan tenaga dengn Performance® membekalkan gabungan unik elektrolit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge