5 Tips Bangun Awal dan Jadi Lebih Produktif

Salah satu daripada 7 sikap orang-orang yang berjaya adalah bangun awal pagi. Namun ramai di kalangan kita yang susah betul nak bangun awal. Saya kongsikan 5 tips mudah untuk bangun awal pagi dan menjadi orang yang lebih produktif!

tips bangun awal cara mudah bangun awal pagi jadi lebih produktif (1)

TETAPKAN WAKTU TIDUR YANG SAMA SETIAP HARI

Ramai yang bagi alasan susah nak bangun awal sebab tak boleh tidur awal. ‘Body clock’ kita sebenarnya boleh dilatih untuk melakukan sesuatu perkara secara konsisten. Cuba tetapkan satu tempoh masa yang sama untuk masuk tidur setiap malam. Tak kira la rasa mengantuk atau tidak, tepat jam 11 malam terus masuk bilik dan tutup lampu. Amalkan selama 7 hari dan lihat bagaimana ia mengubah habit tidur anda.

MINUM SUSU SEBELUM TIDUR

Aha! Minum susu sebelum tidur merupakan salah satu cara untuk mendapatkan tidur yang lena atau’ deep sleep’. Bila tubuh dapat rehat yang cukup semasa tidur, lebih mudah untuk bangun awal. Susu mengandungi magnesium yang sememangnya membantu merehatkan urat saraf dan otot-otot yang bekerja keras di siang hari.

tips bangun awal cara mudah bangun awal pagi jadi lebih produktif minum susu sebelum tidur (1)

ELAK TENGOK HANDPHONE/LAPTOP

Oh ini memang pantang larang penting kalau nak bangun awal pagi. Elakkan mata melihat skrin telefon bimbit atau laptop. Ini menyebabkan mata letih melampau dan otak memproses banyak maklumat. Sebab tu anda susah nak tidur dan susah nak dapat ‘deep sleep’.

BERSENAM DI SIANG HARI

Bersenam di siang hari membuatkan anda menggunapakai tenaga secara optimum. Oleh itu, cukup masa memang tubuh badan perlukan rehat. Tanpa perlu disuruh, anda akan segera mencari katil dan berbaring di tilam empuk sebab kepenatan. Tubuh badan yang bersenam juga mampu mendapatkan ‘deep sleep’ atau tidur yang berkualiti.

cara mengatasi stress cara mengatasi stress di tempat kerja stress ketika berpantang stress di dalam rumahtangga ibu meroyan 2 (1)

RANCANG SESUATU YANG MENARIK UNTUK HARI ESOK

Bunyi pun macam menarik kan? Apa kata anda rancang sesuatu yang menarik untuk di lakukan esok hari? Contohnya bersarapan di tempat kegemaran anda, melawat seseorang yang dirindui ataupun memakai pakaian yang baru dibeli. Ini antara cara untuk membantu memberi signal kepada otak untuk segera bangun dan laksanakan apa yang telah dirancang.

tips bangun awal cara mudah bangun awal pagi jadi lebih produktif tip orang berjaya (1)

Cukup dah 5 tips mudah untuk bangun awal pagi. Sebenarnya bukan senang. Tapi kalau buat kesemua 5 tips di atas InsyaAllah kebarangkalian bangun awal tu sangat tinggi. Semoga tips ini membantu anda yang selama ni dah cuba macam-macam cara tapi belum berjaya. Selamat mencuba!  😀

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge