5 Signal Tubuh Badan Anda Perlu Detox

Adakah anda perlu detox? Macam mana nak tahu sama ada badan sedang ‘stress’ dan perlukan detoksifikasi supaya kembali cergas? Saya kongsikan 5 signal tubuh anda perlu detox dengan kadar segera.

BERAT BERLEBIHAN

Dah cuba macam-macam jenis diet tapi tetap tak berkesan? Maknanya lemak dalam badan dah dipenuhi dengan toksin. Toksin hanya boleh dibuang dengan melakukan detox.

SELALU LETIH & LESU

Tubuh badan manusia ni tak lari dari stress, tertekan terutama mereka yang bekerja ataupun surirumah sepenuh masa. Toksin lebih mudah terhasil ketika tubuh berada dalam keadaan stress. Toksin juga mengganggu hormon dalam badan seperti adrenalin dan kostisol dan menyebabkan mood jadi tak stabil.

KULIT KUSAM, BERJERAWAT

Ok ini tanda yang sangat jelas. Kulit kusan berjerawat dan tidak bermaya menunjukkan badan akan dipenuhi dengan toksin yang terkumpul. Segera detoks buang toksin dan anda dapati kulit lebih bersih dan sihat.

KERAP SEMBELIT

Aduhai! Sembelit tanda usus besar tak sihat tau. Jangan lah dibiarkan. Manusia sepatutnya buang air besar setiap hari atau 3 kali seminggu. Jika sembelit toksin sah-sah terkumpul dalam badan. Migrain dibuatnya.

TERDEDAH KEPADA BAHAN KIMIA

Udara yang tidak bersih mengandungi toksin. Oleh itu jika anda bekerja di kawasan yang tidak mempunyai udara bersih besar kemungkinan anda telah menyedut toksin yang berlebihan.

Jika anda berhdapan dengan sekurang-kurangnya 3 dari 5 signal di atas, sila hubungi saya dengan kadar segera. Saya sendiri akan guide cara yang betul untuk detox. Badan akan kembali cergas setelah 30 hari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge