5 Cara Pupuk Sikap Positif Supaya Lebih Berjaya Dalam Hidup

Sebenarnya formula untuk berjaya dalam apa juga perkara yang kita usahakan adalah semudah memupuk sikap positif. Jarang sekali kita tengok figura-figura yang berjaya di luar sana sejenis orang yang bersikap negatif. Iya kan?

Ada orang berpendapatan tak mudah nak pupuk sikap positif dalam kehidupan seharian. Sebab setiap hari kita banyak berdepan dengan perkara-perkara yang menguji kesabaran. Sekaligus menimbulkan perasaan-perasaan yang jauh dari sikap positif.

Ya, sungguh memang tak mudah untuk jadi orang yang mempunyai sikap positif sentiasa. Sebab itulah sikap ini perlu dipupuk. Sama seperti tanam pokok. Tak ada pokok yang tanam hari ini esok dah berbuah kan?

5 Cara Pupuk Sikap Positif

Saya kongsikan 5 cara yang boleh diamalkan untuk pupuk sikap positif.

1. Bangun pagi dan terus bersyukur

Tak mungkin seseorang boleh jadi seorang yang begitu positif menghadapi hari tanpa rasa syukur yang mendalam. Bersyukur bukan hanya pada perkara yang kita suka, tetapi juga terhadap perkara yang tidak kita sukai.

Boleh jadi perkara yang kita tak suka itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Setuju?

2. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima

Biasakan diri untuk memberi. Tak semestinya dalam bentuk duit. Apa sahaja yang kita mampu. Contohnya sampaikan ilmu yang bermanfaat, kongsi tips-tips memasak, resepi, cara kemas rumah, atau semudah beri pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

Kuasa memberi ini mempunyai getaran tenaga yang sangat tinggi. Orang yang positif juga mempunyai getaran tenaga yang tinggi.

3. Kata-kata adalah doa yang melantun

Pernah dengar kata-kata motivasi sebut yang baik-baik, fikir yang baik-baik dan yang datang nanti pun benda yang baik-baik saja? Ya, memang bukan cliche. Ayat motivasi ini memang 100% betul.

Apa yang kita sebut sebenarnya memberi kesan terhadap minda bawah sedar. 80% dari tindakan kita berpunca dari apa yang kita tanamkan dalam minda bawah sedar, terutamanya apa yang kita sebut. Pernah baca tentang kajian oleh saintis Jepun Dr Masaru Emoto?

4. Self Affirmations

Okay ini salah satu cara paling mudah untuk bina sikap positif dalam diri. Semudah sebutkan ‘self affirmations’ setiap hari. Paling bagus sebutkan di depan cermin sambil lihat wajah sendiri dan senyum. Anda akan rasa satu perasaan hebat dan tenaga luar biasa meresap dalam jiwa.

Contoh ‘self affirmations’ adalah : I am capable, I am strong, I am enough, I am capable doing great things etc. Kalau rasa susah nak fikir, ada satu apps yang akan hantar affirmations setiap hari kepada kita iaitu apps ‘My Affirmations’ boleh download dari playstore handphone anda. Mudah kan?

5.  Solat di Awal Waktu Bagi Muslim

Bagi yang Muslim, solat merupakan salah satu alat-alat positive feeling, positive thinking dan positive motivation yang sangat berkesan untuk memupuk sikap positif. Terutama apabila solat itu dilakukan di awal waktu, seawal yang mungkin.

Masa akan terasa sangat panjang dan cukup untuk melaksanakan tugas harian. Segala kerja dapat dilakukan dengan tenang dan boleh elak kesilapan.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat beri manfaat untuk anda yang membaca InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge